i-Citra KWSP: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 Ogos-Disember 2021. Selain daripada Bantuan Khas COVID-19, Perdana Menteri juga turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran RM5,000 akaun KWSP bermula Ogos nanti.

Namun dengan itu, kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.

Ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari serta i-Sinar sebelum ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

JUMLAH PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Jumlah

Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Katanya lagi, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 setiap sebulan untuk tempoh lima bulan.

“Kerajaan ini yang mula-mula sekali mencadangkan bahawa pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19 ini.

“Kita juga telah menjadi antara negara yang terawal di dunia memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ianya memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga pada masa kini,” katanya semasa sedang mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.

Menurutnya juga, pelaksanaan i-Citra akan dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka.

AMAUN PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Jumlah

  1. Amaun kelayakan bagi pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Pengkreditan bulanan juga akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Jumlah yang telah ditetapkan adalah RM1,000 sebulan dan tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah sebanyak RM50.
  5. Hendaklah meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  6. Bagi amaun kelayakan pengeluaran ialah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Simpanan minimum RM100 mestilah dikekalkan dalam Akaun 1 untuk mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya).

SEMAK BAKI AKAUN KWSP

Ahli boleh membuat semakan baki akaun 1 & 2 KWSP melalui saluran yang berikut:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Baca Juga: BPR 2021 (Semakan Bayaran & Status Kelulusan Permohonan)
Baca Juga: MAIPk PKP 3.0 (Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup)

CARA MEMOHON i-CITRA KWSP

Ahli boleh mula mohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, pembayaran pertama akan dijangka dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Namun dengan itu, dia menekankan bahawa kerajaan sedar pengeluaran KWSP merupakan keputusan yang sukar.

“Hakikatnya merupakan keputusan yang sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah wang simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, serta pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya.

KENYATAAN MEDIA KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021: Berikutan dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyokong inisiatif Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang telah terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan iaitu kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP bagi mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa yang pendek.

Ahli boleh memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my pada 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

SYARAT BAGI KELAYAKAN i-CITRA

Kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun yang layak untuk memohon i-Citra, membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang akan diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 detiap sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bagi nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) serta akaun bank peribadi aktif diperlukan bagi memudahkan proses permohonan.

i-Citra diperkenalkan satu inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan akan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik agar dapat membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Walaupun KWSP tetap komited bagi membantu melindungi dana persaraan ahli, kami memaklumkan perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan serta kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

SOALAN LAZIM

Apakah maksud i-Citra KWSP?

iCitra KWSP ialah kemudahan pengeluaran RM1,000 setiap sebulan selama lima bulan.

Pada bilakah permohonan i-Citra akan mula dibuka?

Permohonan mula dibuka bermula 15 Julai nanti dan anda boleh membuat permohonan melalui portal rasmi http://icitra.kwsp.gov.my

Adakah saya layak untuk mengeluarkan i-Citra?

Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak untuk memohon pengeluaran i-Citra.

Bolehkah saya memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, iainya tertakhluk pada syarat kelayakan yang dimaklumkan.

Contact us

Find us at the office

Humble- Micallef street no. 52, 81559 Jakarta, Indonesia

Give us a ring

Arieal Keswick
+27 450 860 545
Mon - Fri, 9:00-18:00

Reach out